| |
 |
|
|
 |
|
|
Pengenalan Program
'Groom Big' - Pembangunan Usahawan Kosmetik dan
Herba bertujuan untuk membantu usahawan-usahawan Bumiputera
bukan sahaja membangunkan produk keluaran mereka menerusi
Penyelidikan & Pembangunan untuk pasaran tempatan dan
antarabangsa, tetapi lebih kepada melahirkan usahawan yang
profesional, berketerampilan dan berdaya saing melalui
pendidikan dan latihan yang berterusan.
Kumpulan Sasaran
Fokus utama program ini adalah untuk usahawan kecik dan
sederhana Bumiputera yang mengeluarkan produk kosmetik dan
herba yang berpotensi untuk dibangunkan di bawah Program
'Groom Big' Kosmetik dan Herba. Antaranya ialah:
- Pengeluar Produk Kosmetik
- Industri Ubatan Tradisional
- Industri Jualan Langsung
- Pengusaha Salon Kecantikan
- Pusat Latihan Kecantikan
Bantuan
80% daripada kos projek yang dilaksanakan akan dibiayai oleh
geran dan 20% oleh usahawan
Syarat Kelayakan
Asas
- Berdaftar di bawah Akta Perniagaan (ROB) 1956 atau Akta
Syarikat (ROC) 1965
- Milik Penuh Bumiputera
- Mempunyai Kemudahan Pengeluaran
- Tidak mendapat bantuan daripada agensi lain untuk program
yang sama
- Berkemampuan untuk membiayai 20% daripada kos projek
Perlaksanaan Program
Permohonan --> Penilaian Awal
--> Pembentangan Cadangan
Projek --> Kelulusan
--> Perlaksanaan Projek
--> Penilaian
dan Penamatan Projek
Objektif
-
Program 'Groom Big' - Pembangunan Usahawan Kosmetik
dan Herba ini ditawarkan kepada industri kecil dan sederhana
Bumiputera yang layak dan terlibat secara langsung dalam
industri pembuatan dan pemasaran produk kosmetik dan herba
melalui program:
- Penyelidikan & Pembangunan - Pemprosesan bahan mentah,
pembangunan produk siap, kajian skala menaik, pengeluaran
percubaan produk, kajian pasaran produk dan program
inkubator SIRIM
- Khidmat Rundingan - Penyediaan kilang mengikut Amalan
Perkilangan Baik (APB), Amalan Peningkatan Kualiti (APK),
Persijilan Halal, rekabentuk pembungkusan produk dan
pembangunan jenama produk
- Latihan / Kursus / Seminar / Bengkel
Untuk
Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Bahagian Pembangunan Perniagaan,
Aras 6, Bilik Menara, Lot 2G6, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA
Tel: 03-8880 5285 / 5286
Faks: 03-8880 5316
http://www.mecd.gov.my
|
|
Jabatan Pemasaran,
Pembangunan Perniagaan dan Jualan,
Bahagian Penyelidikan dan Teknologi SIRIM Berhad,
No. 1, Persiaran Dato' Menteri, Seksyen 2,
Peti Surat 7035, 40911 Shah Alam,
SELANGOR
Tel: 03-5544 6050 / 6062 / 5931
Faks: 03-5519 4055 |
|
Pusat Teknologi
Alam Sekitar dan Bioproses,
Bahagian Penyelidikan dan Teknologi SIRIM Berhad,
No. 1, Persiaran Dato' Menteri, Seksyen 2,
Peti Surat 7035, 40911 Shah Alam,
SELANGOR
Tel: 03-5544 6969 / 6958 / 6951
Faks: 03-5544 6988 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|