sedikit penyelarasan bila kita mengucapkan selamat
jalan kepada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang
berpindah kementerian setelah menerajui MeCD dengan
cemerlang selama empat tahun. Usaha gigih Mohamed
Khaled dalam memacu pembangunan usahawan menerusi
pelbagai program kini diteruskan pula oleh Datuk Noh
Omar, yang secara rasminya mengambil alih tugas
menteri pada 24 Mac.Salah satu daripada rancangan awal Noh ialah untuk memperbaiki mutu pengangkutan awam. Antara yang akan diberi keutamaan adalah langkah mengkaji semula pengeluaran permit teksi kepada individu yang layak.
Dalam usaha memantapkan kualiti usahawan Bumiputera, agensi-agensi di bawah Kementerian akan mempertingkatkan lagi latihan bersesuaian dan program modal insan kepada usahawan Bumiputera di seluruh negara. Dalam hal berkaitan, Noh mengenalpasti kerenah birokrasi dan prosedur pinjaman yang rumit sebagai punca utama kegagalan usahawan dalam memanfaatkan sepenuhnya dana pinjaman yang disediakan kerajaan.
Pada 12 April, Noh menegaskan bahawa urusan permohonan dana pinjaman yang disediakan oleh kerajaan pusat untuk usahawan akan dipermudahkan supaya kelulusan akan dapat diberikan dengan lebih cepat. Untuk tujuan ini, sebuah jawatankuasa rayuan akan ditubuhkan. Jawatankuasa ini akan mengkaji serta menilai semula permohonan pinjaman yang ditolak oleh agensi di bawah kementerian ini.
Teruskan melayari laman ini untuk membaca lebih banyak liputan berita tentang aktiviti-aktiviti Kementerian. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, kisah-kisah kejayaan, petua-petua niaga, pautan-pautan berguna serta kandungan lain berkaitan keusahawanan dan kegiatan koperasi, kunjungi Portal Usahawan di www.mecd.gov.my