Hari Ini:
 

  Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi atau Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development (MECD) adalah agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera. Objektif utama Kementerian adalah untuk menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

Sejarah MECD bermula dengan penubuhan Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam (KPPA) pada 1974. KPPA kemudiannya ditukar menjadi Kementerian Perusahaan Awam (KPA) pada 1976. KPA bertanggungjawab mengawasi dan menyelaras agensi-agensi perusahaan awam seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Pada 1995 Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn) ditubuhkan bagi menggantikan KPA bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera ke arah mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Penyusunan semula KPUn pada Mac 2004 menyaksikan pelancaran nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Sehubungan itu bidang tanggungjawab Kementerian juga ditambah untuk meliputi Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad.

 
 
     
 

 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
   
 
 

Mengapakah kita tidak melibatkan diri dalam perniagaan sekalipun kita tahu ia adalah sumber rezeki terbaik?
 
 
 
 

Utama | Berita | Tentang MECD | Hubungi Kami | Pautan

Hak Cipta © 2008 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian.